Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat...Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya..Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu...Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain...Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab...Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan...Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka...Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata...Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian...Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah...
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita....Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu....
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.



Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...
 
 
 
 
19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 Jenis Wanita Malang

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

SATU PERINGATAN!!


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali; 1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Dia seorang wanita yang cantik dan baik akhlaknya, isteri Khalifah Uthman bin Affan, Nailah Al-Farafisyah. Seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy malah mempunyai ayah yang menganut agama nasrani, namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu kerana kelebihan kecantikkan, kebijaksanaan, kefasihan lidah serta kematangan fikirannya.

Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.

Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.

Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.

Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu, tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.

Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah." Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong.

Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nialah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis
“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”

“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.”Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”

“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.”Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”

“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!”Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”

“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!”Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”

“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.”Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”

“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!”Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”

“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.”Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”

“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku” Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”

Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam, tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali – orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan. Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.

Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil).

Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.

Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Maka, sembuhkan dulu “selsema” dan “demam” dalam diri kita itu dengan meningkatkan kesedaran diri.

keindahan pagi... jari jemari ini ingin mencoret..
sendirian memikirkan setiap ujian yg telah ku lalui..
terasa airmata ini hangat membasahi pipi..
diri ini terasa begitu lemah dan tidak berjaya..
ingin mencari destinasi penghujung cerita..
pada siapa hendak ku khabarkan resah di jiwa..

hanya padaMu yg maha kuasa..
hati ini telah pun Engkau tahu bagaimana rasanya..
hati ini dilukai lagi,atau mungkin hati ini tidak berhak untuk rasa bahagia..
ampunilah daku wahai yg maha kuasa.
kerana begitu kecewa dengan perjalanan kisah yg sementara ini.
ampunilah daku wahai yg maha kuasa..
kerana telah pun meragui hikmah2 yg telah Engkau catatkan untukku..

sahabatku sentiasa berpesan..
dalam hidup ini kitaadalah pelakonnya..
dan pengarahnya nun di atas sana..
hanya Engkauwahai yg maha kuasa..
yg bisa mengatur perjalanan kisah hidupku..
bagaimana boleh aku merasa begitu kecewa..
setelah engkau janjikan kebahagiaan untuk hati2 yg pernah melalui derita..
sekali lagi ku mohon keampunan darimu wahai yg maha kuasa..
aku hanya terasa letih dan lelah..
jika masih ada sinar untukku..
cahayakanlah daku dengan rasa iman yg kukuh terhadapmu..
aku tidak mahu terus tersungkur..
dari terus mengharap belas kasih mu..
wahai hati yang lemah...

janganlah dikau terlalu menurut rasa kecewa..

yakinlah pada yg maha kuasa..
daripadaNya jualah engkau diciptakan..
dan bagaimana boleh engkau berputus asa dari rahmat dan kasih sayangNya..
ampunilah hatiku ini wahai yg maha kuasa
ampunilah daku yg lemah ini..kuatkanlah daku..
wahai yg maha berkuasa,yg maha kuasa atas segalanya...
Permulaan hari